Menarik

11 Januari 2010

UMNO Juara Rakyat!


Pada hari Sabtu, 09 Januari 2010, Y.B. Dato' Ir Muhammad Bushro bersama hampir 15,000 pengunjung berada di Bukit Sentosa, Hulu Selangor bagi meraikan Program Juara Rakyat yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Program tersebut dianjurkan selama tiga hari, bermula dari 8hb. sehingga 10hb. Januari 2010.

Selain dari lebih 100 gerai pameran dan jualan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti forum perdana, syarahan, nasyid dan futsal. Kaunter pendaftaran pemilih SPR dan kehalian UMNO turut dibuka bagi memudahan pengunjung berurusan.

Slogan ‘Juara Rakyat’ yang diperkenalkan pada kali ini bukanlah bererti pihak kerajaan di bawah pentadbiran UMNO/BN tidak mengambil berat dengan masalah rakyat sebelum ini sepertimana yang didakwa oleh pihak parti lawan, tetapi ianya adalah satu pembaharuan dan peningkatan komitmen oleh kerajaan Barisan Nasional untuk mendekati dan menjuarai permasalahan rakyat dengan lebih berkesan. Apatah lagi kekalutan dan kekusutan yang dihadapi oleh rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, amat memerlukan Barisan Nasional bertindak dengan berada di barisan hadapan bagi memperjuangkan dan membela nasib rakyat.

Sudah tiba masanya rakyat menolak parti-parti DAP, PKR dan PAS dan pemimpin-pemimpin mereka yang sanggup membuat satu pakatan untuk menunggangi emosi rakyat untuk mencapai kekuasaan dengan apa cara jua sekalipun, walaupun terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan mereka sendiri…

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "UMNO Juara Rakyat!"

Catat Ulasan